Monday 12 September 2016

EMMA WATSON BEAUTY SECRET! (BM VERSION)





Berbuat baik, makan makanan yang berkahsiat serta bersenam dapat membantu anda memperoleh penampilan menawan. Saya selalu amalkan berjalan selama 40 minit, hanya dengan muzik dari iPod kemudia berjalan, ia mampu membuat diri rasa sihat. Sekiranya saya penat, saya akan oleskan gincu dan cat kuku saya dengan rona ungu! Itu sudah cukup untuk mengembalikan mood yang baik!”

Aktres dan selebriti Hollywood yang sinonim dengan watak Hermione Granger dalam filem bersiri Harry Potter ini memang sentiasa tampil menawan apabila melalui  karpet merah.

Pilihan fesyennya serta gaya mekapnya tidak pernah silap. Emma Watson sentiasa tampil elegan dan tanpa menenggelamkan usianya yang masih muda. Aktres yang bakal muncul dalam filem adaptasi Beauty and the Beast ini juga sering dilihat tampil dengan warna hitam putih namun tidak pernah membosankan sebaliknya fesyen pilihannya membuatkan gayanya tampak chic dan effortless.

Foto - www.breitbart.com
Foto – www.breitbart.com

Ini antara tips yang Emma Watson kongsikan :
1. Sekiranya ada kesan comot kala memalit maskara, ambil satu bebola kapas dan celupkan sedikit bedak asas untuk memadamnya dan dalam masa yang sama ia mampu melitupi cela.
2. Disebabkan rambut saya agak pendek sekarang, saya lebih selesa menggunakan cekak rambut. Antara kegemaran saya adalah cekak rambut halus berwarna hitam, mudah untuk saya gayakan ke mana-mana.
3. Baru-baru ini ada jurusolek memakaikan penggaris bibir rona asli pada bibir saya dan saya amat menyukainya malah ia membuat bibir tampil sihat.
4. Dahulu saya bukanlah jenis yang suka memakai gincu kerana bimbang saya akan mencomotkan penampilan. Namun kini gincu adalah keperluan bagi saya untuk menyuntik elemen segar pada wajah!
5. Kalau anda tidak mahu jatuh sakit, pastikan anda mengambil makanan tambahan seperti Vitamin, ia sebenarnya dapat melindungi anda dari sebarang jangkitan.

Foto - giphy.com


No comments:

Post a Comment